Saturday, November 17, 2012

Resepi Ayam Kampung




AYAM MASAK SEMUR

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung atau ayam hutan dara atau muda sahaja) - potong 16 bahagian;
6 sudu kicap pekat;
2 cawan air;
4 biji kentang - kupas dan belah 4 - goreng hingga masak;
1 sudu besar lada putih - tumbuk;
4 biji bawang putih - tumbuk;
7 biji bawang merah - tumbuk;
3cm halia - hiris halus;
1 labu bawang besar - mayang kasar;
1 sudu teh pati asam jawa;
2 batang kulit kayu manis;
3 kuntum bunga lawang;
3 biji buah pelaga;
5 kuntum bunga cengkih;
1/2 cawan air bancuhan tepung jagung;
Garam & gula secukup rasa;
Minyak zaiton;
Habbatussauda'

Cara:
1. Lumurkan daging ayam kampung dengan sedikit garam. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak zaiton. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
3. Masukkan kicap, pati asam jawa dan air. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan daging ayam ayam kampung tadi, lada putih, habbatussauda', garam dan gula secukup rasa. Tutup kuali sehingga daging ayam kampung masak dan kuah menjadi pekat.
5. Masukkan kentang goreng dan jika suka, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata.
7. Tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan.



0000000000


 AYAM MASAK ASAM PEDAS


Bahan-bahan:

Daging ayam (ayam kampung atau ayam hutan) dipotong-potong kecil;

Minyak zaiton;
Bawang kecil atau bawang besar (kalau nak sedap lagi lebihkan sikit bawang merah, dikisar, ditumbuk atau dihiris nipis;
Bawang putih (kuantiti kurang daripada bawang merah dalam 2 atau 3 ulas) perlulah dikisar, ditumbuk atau dihiris nipis;
Cili padi atau lada hitam (cili padi mesti dikisar atau ditumbuk halus, atau lada hitam serbuk atau pun lada hitam yang sudah ditumbuk);
Lada kering (dipotong dan direbus sehingga masak, kemudian barulah blender sampai halus. Masa nak blender masukan secubit garam dan sedikit minyak supaya lada tahan lama);
Garam secukup rasa;
Halba; (seakan-akan  warna kuning);
Serbuk kunyit (untuk hilangkan bau hanyir);
Asam jawa atau asam keping;
Daun kesum (sebagai perasa dan menambahkan bau pada asam pedas);

Cara-cara memasak

Panaskan minyak zaiton dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih, dikacau sehingga naik bau. Masukkan lada kering, masukkan air sedikit, kemudian jika ingin lebih pedas masukkan cili padi atau lada hitam. Kemudian masukkan garam secukup rasa.Masukkan halba secubit sahaja untuk penambah rasa dan secubit serbuk kunyit. Masukkan asam jawa atau asam keping mengikut citarasa masam yang diperlukan.Tambahkan sedikit air bersesuaian dengan kepekatan. Kemudian masukkan daging ayam kampung. Tunggu sehingga masak. Akhir sekali masukkan daun kesum untuk penambah bau. Biarkan selama 5 minit. 


 000000000000


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan

Ayam  (ayam kampung atau ayam hutan - selepas dibuang bulu hendaklah disalai sekejap sampai naik wangi) dipotong-potong kecil;

Santan pekat dan cair;
Kunyit hidup ditumbuk halus
Cili padi ditumbuk halus;
Bawang putih ditumbuk halus; 
Bawang merah ditumbuk halus;
Halia ditumbuk;
Serai dititik;
Daun kunyit dihiris2 halus;
Garam;
Habbatussauda'.


Cara Memasak

Masukkan santan cair ke dalam kuali dan panaskan, kemudian masukkan ayam. Bila ayam dah lembut sikit masukkan santan pekat dan bahan-bahan yang telah tumbuk, serai, daun kunyit, sedikit habbatussauda dan garam secukup rasa. Bila dah mendiudih kacau lagi sampai pekat dan biarkan masak. Untuk lebih cantik bolehlah dimasukkan dengan ubi kentang mengikut suka rasa.


0000000000000

AYAM GORENG BEREMPAH





BAHAN-BAHAN

Ayam (ayam kampung atau ayam hutan sahaja - ayam dara atau jantan muda dipotong kecil ikut suka); 

Bawang merah dan putih ditumbuk/giling bersama dengan serai kunyit hidup dan halia muda;
Jintan manis dan putih ditumbuk halus;
Kayu manis; 
Sedikit rempah kari. 
Sedikit lada putih;
Garam secukup rasa;
Habarussauda'.


CARA MEMASAK / MENGGORENG

Gaulkan ayam bersama bahan-bahan atas, perapkan semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam.
Panaskan minyak zaiton dan goreng ayam sehingga masak. Kemudian dihias dan dihidangkan.
Pasti selera punya!

No comments:

Post a Comment