Puding Buih-buih

Serbuk agar-agar
Bahan
4 biji putih telur
12 gm serbuk agar-agar
1 liter air
160 gm gula
pewarna [ikut pilihan sendiri]
loyang 4 segi 8 x 8 inci
Cara
1. Putih telur dipukul sehingga menjadi gebu. [kiranya kalau diterbalikkan tidak akan jatuh]
2. Bahagikan putih dibahagikan 4 bahagian
3. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasukkan dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
4. Ambil agar-agar 1 cawan dan campurkan dengan 1 bahagian putih telurdan warna.
5. Kacau perlahan sehingga semua warna sebati.
6. Tuangkan dalam loyang dan biarkan agak separa keras.
7. Ulang semula proses [4] - [6] dan lapiskan perlahan-lahan diatas agar-agar yg separa keras tadi.
8. Ulang semua proses melapis sehingga semua bahan habis.
9. Sejukkan dan potong. Hidangkan.
NOTA
Oleh kerana masa belajar puding ini tidak gunakan susu cair dalam adunan, so rasa lebih sedap dihidangkan dengan sos kastad dan fruit koktel.. ]
SOS KASTAD
Bahan
1 cawan susu cair
1 cawan air fruit koktel
3 s/b tepung kastad
Cara
1. Gaulkan semua bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
2. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
3. Hidangkan dengan fruit koktel sebagai hiasan.
00000000000
Puding Pelangi
Bahan-bahan |
Bahan A 1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya] 6 mug air 2 cawan gula Bahan B 1 tin susu cair 1 cawan tepung kastad Bahan C 1 s/b serbuk koko bancuh 1 s/t nescafe 1 s/b air suam Bahan D pewarna merah |
Cara Memasak |
1. Masakkan agar dengan air sehingga hancur. 2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan. 3. Bancuhkan bahan B dan tapiskan. 4. Masukkan bancuhan bahan B dan kacau sehingga agak pekat. 5. Asingkan adunan pada 3 bahagian . 6. Masukkan bancuhan bahan C dlam 1 bahagian tadi dan masakkan sehingga agak pekat. 7. Masukkan beberapa titik pewarna merah dalam 1 bahagian dan kacau rata. 8. Biarkan 1 bahagian pada warna asal [kuning kastad] 9. Lapiskan dengan perlahan2 adunan coklat kedalam acuan berselang seli dengan adunan kastad dan juga adunan merah. 10. Biarkan adunan keras sebentar. 11. Seukkan dalam petisejuk dan boleh potong. |
0000000000
Dadih Coklat
Bahan 1 lter susu coklat [ducth lady]
2 cawan air
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
Cara
1. Masakkan agar dan air sehingga mendidh.
2. Masukkan gula dan kacau.
3. Masukkan susu coklat.
4. Masukkan adunan kedalam cawan kecil dan sejukkan.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
NOTA
Bolah digantikan dengan perisa Strawberry atau sebarang perisa.
0000000000000
Puding Lapis Kacha
Bahan A
10 gm serbuk agar
160 gm gula
800 ml susu segar
Bahan B
10 gm serbuk agar
160 gm gula
800 ml air
pewarna - merah, hijau dan kuning atau apa-apa warna
Cara
1. Masakan bahan A dan B dalam 2 periuk yg berasingan sehingga mendideh.
2. Sediakan gelas kaca berkaki
3. Ambil 1 senduk agar2 B dan tuangkan dalam gelas.
4. Ambil 1 senduk agar2 A [bersusu] dan masukkan warna merah dan kacau rata.
5. Tuangkan perlahan-lahan ditepi gelas atas agar2 yg hampir beku. Ratakan sapuan agar-agar.
6. Ambil pula 4 senduk agar-agar B dan tuangkan perlahan di tepi gelas atas lapisan merah yg hampir beku. Ratakan sekeliling gelas.
7. Ulangkan semua proses melapis sehingga habis semua bahan.
8. Sejukkan dan hidangkan
0000000000000
Puding Aiskrim
Bahan 10 gm serbuk agar-agar
700 ml air
300 gm gula
400 ml susu cair
60 gm tepung jagung
400 gm aiskrim keladi
15 ml pes keladi
pewarna purple
hiasan..sebarang pilihan
Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pes keladi dan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.
000000000000
Puding Raja
Bahan-Bahan15 biji pisang lemak manis/pisang tanduk separuh masak
6 Keping jala mas
buah ceri merah/hijau
1 cawan tepung kastad - ditapis
750 ml air
2 cawan susu segar dutch lady
1 cawan gula castor
2 bii telur merah
1 sudu esen vanila
sedikit garam
cara-cara1. Pisang digoreng dengan minyak hingga brown
2. Campurkan semua bahan kastad, susu segar,air,gula, telur dan garam, dalam periuk ,pukul sebati
3. Masak di atas api sederhana, kacau agar tidak berketul hingga likat
4. Angkat dan curah dalam bekas
5. Atur pisang secara tanam/tekan hingga hampir dasar bekas.
6. Ratakan.Taburkan jala mas yg telah dilerai , kemudian hias dengan ceri. sejukkan dalam peti ais.
000000000000000
Puding Cendol
Bahan-bahan | |||
1/2 paket agar2 [20 gm] 3 gelas air 1 cawan gula 1 cawan susu cair 2 cawan cendul 1 cawan gula merah | |||
Cara Memasak | |||
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh. 2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan. 3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian. 4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. 5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis. 6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat. 7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul. 8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan. 9. Hidangkan. |
No comments:
Post a Comment