Sunday, March 27, 2011

CARA MAKAN MENURUT ISLAM

Tahukah anda, makanan yang patut kita makan sehari-hari tidak boleh sembarangan. Dengan sembarangan inilah penyebab atau sebab musabab terjadinya pelbagai penyakit seperti penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah SAW telah mengajar kita supaya menjaga pemakanan. Diet Rasullulah SAW itu menyebabkan baginda tidak pernah mengalami sakit perut di sepanjang hayatnya kerana baginda sentiasa menjaga pemakanannya sehari-harian.

Insya-Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda tidak akan menderita sakit perut ataupun mendapat keracunan makanan. Untuk itu amalkanlah pemakanan kita sebagaimana berikut:

* Jangan makan SUSU bersama DAGING;
* Jangan makan DAGING bersama IKAN;
* Jangan makan IKAN bersama SUSU;
* Jangan makan AYAM bersama SUSU;
* Jangan makan IKAN bersama TELUR;
* Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD;
* Jangan makan SUSU bersama CUKA;
* Jangan makan BUAH bersama SUSU (Kebiasaannya kita membuat hidangan campuran seperti "KOKTAIL").

CARA KITA MAKAN

* Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makanlah buah-buahan terlebih dahulu, kemudiannya barulah makan nasi;
* Tidur 1 (satu) jam selepas makan tengahari;.

* Jangan sesekali tinggal untuk makan malam. Barang siapa yang tinggal untuk makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda (maksudnya, jangan makan di waktu malam).

Kita juga dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah supaya jangan makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion ( + ) sedangkan dalam ikan mengandung ion ( – ), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakan usus kita.

Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

* Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya-Allah, Allah akan jauhkan kita daripada penyakit (susah mendapat sakit).

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud) sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Tafakur sesaat seperti 70 tahun ibadah nilainya. Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

* Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah-celah jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

SUNAH CARA MAKAN MENURUT NABI SAW :

1. Makan garam secuit sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuit dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sendok. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu.


2. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan. Dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.


3. Duduk di bawah (kalau di rumah kita makan di lantai, bukan di bangku dan dimulai dari nasi di pinggir dan terakhir ke tengah. Baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, maupun teman. Seperti ketika haji atau buka puasa bersama di Masjid dalam satu dulang untuk empat orang.

Go to fullsize image

4. Jangan sisakan sebutir nasipun, kerana nasi itu sentiasa berdzikir.



No comments:

Post a Comment