Sunday, March 27, 2011

MENGHILANGKAN BAU BADAN

PROSES PERPELUHAN

PERPELUHAN ialah aktiviti yang sihat, dikenali sebagai “berpeluh” yang

merupakan cara yang normal untuk menyelaraskan suhu badan.

Apabila badan terlalu panas atau terlebih haba (berlaku sepanjang tahun dalam julat suhu), kulit akan memberi isyarat pada thermostat otak untuk mengarahkan lebih banyak darah mengali ke permukaan badan (kepada kapilari kulit). Tindak balas ini menambahkan pembebasan cecair (pepeluhan) mengalir

keluar daripada kelenjar peluh menjadikan badan merasa lebih sejuk.

Perpeluhan adalah transudasi pasif air yang hamper tulen daripada permukaan badan pada kadar yang seragam.Air dengan peRpeluhan samada lembab atau kering atau kedua-duanya jika proses berterusan sepanjang hari siang dan malam, akan menghamburkan bau yang tidak menyenangkan malahan memalukan, walaupun sebenarnya proses pepeluhan itu merupakan proses semulajadi untuk menyejukkan dan membersihkan kerana air buangan telah pun dikeluarkan.

Sekalipun mandi dengan lebih kerap bau yang busuk itu masih berlaku. Ini disebabkan oleh tindakan bacteria pada peluh yang lama. Untuk membantu menghilangkan dan membuang bau badan, banyak cara boleh dilakukan. Satu operasi kebersihan luaran dan dalaman dengan bantuan makanan penawar perlu dilakukan antaranya sebagaimana berikut:

Pertama, dapatkan teh herba ‘vervain’ yang boleh didapati dari kedai-kedai kesihatan dan farmasi (Vervain – mengandungi bahan yang cenderung untuk mengaktifkan pepeluhan dan membersihkan system pepeluhan dari bahan buangan yang mengganggu). Rendamkan dahulu dan kemudian dimasak. Ambil 1 camca the bersama 1 cawan air panas yang baru dididihkan. Tambah sedikit madu dan jus limau nipis segar sebagai penambah perisa dan biarkan mendak selama 5 minit. Minum 3 cawan sehari. Hasilnya, anda kelihatan ceria, segar, bersih dan diharumkan secara semulajadi.

Kedua, dapatkan teh herba ‘fennel’ yang boleh didapati dari kedai-kedai kesihatan dan farmasi (Nutrien dalam fannel menutup bau “odor” yang dibebaskan dalam pepeluhan). Ambil 1 sudu camca the bersama 1 cawan air yang baru dididihkan. Tambah sedikit madu dan jus limau nipis segar sebagai penambah perisa dan biarkan mendak selama 5 minit. Minum 2 cawan sehari. Hasilnya, anda kelihatan ceria, segar, bersih dan diharumkan secara semulajadi.

Ketiga, ambil daun salad, batang seleri, lobak hijau, kobis dan sayuran daun hijau bermusim. Kisarkan. Minum 1 gelas waktu pagi dan 1 gelas waktu tengahari. Kadar kepekatan magnesium yang tinggi akan dikuasai oleh tindakan katalitik enzim untuk membasuh bahan buangan daripada badan. Hasilnya, anda kelihatan ceria dan segar.

00000000000

No comments:

Post a Comment