Sunday, March 20, 2011

Kebaikan SUSU Kambing

Susu kambing merupakan minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah. Bagi umat Islam yang mengamalkannya meminum susu tersebut bererti mereka berusaha untuk mengikuti 'sunnah nabi SAW'. Semasa peristiwa Israk Mikraj juga nabi telah disediakan dengan 3 jenis minuman iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Susu kambing ianya bersifat ALKALI manakala susu lain bersifat ASIDIK,sebab itu kita tidak jumpa sabun susu lain atau mandian susu lain manakala susu kambing, kita akan temui sabun susu kambing.syampu susu kambing,mandian susu kambing dan bermacam alat solek yang berasaskan susu kambing kerana sifatnya ALKALI maka tidak merosakan kulit manakala susu lain bersifat ASIDIK.

Kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit kronik saperti Gastrik, Migrain, Lelah, Sengugut, Darah Tinggi, Masaalah penyakit kulit, Ulcer, Hepatitis A, Sakit kuning, Radang sendi,lemah tulang,Pemulihan selepas pembedahan,memulih tenaga batin,membantu pembentukan tulang,otot dan gigi dan berbagai lagi (Insya Allah) jika kita yakin dan tawakal.


Sebagai susu yang terbaik selepas susu ibu, susu kambing mempunyai pelbagai khasiat kepada peminumnya, antaranya adalah sebagaimana berikut:

Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

Laktosa rendah bagus kepada kanak-kanak
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Oleh itu ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus dan mampu bertindak meneutralkan acid dalam badan.

Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yang mampu mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Bagi pencinta kesihatan yang baik dengan harapan berusaha untuk melahirkan daya immuniti yang kuat dan tahan maka dicadangkan meminum susu kambing dijadikan amalan setiap hari, mudah-mudahan kita sentiasa segar, sihat, kuat dan mampu mengekalkan daya ingatan yang baik.


Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment